My Add

Friday 6 April 2012

Selangor juga guna akta sama - Nong Chik

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 April, 2012: Projek pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi yang menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 ke atas 35 penduduk yang membantah untuk berpindah adalah perkara sama seperti yang dibuat oleh kerajaan Selangor terhadap pemilik rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Bandar Taman Keramat di Jalan Jelatek.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kerajaan Selangor yang tidak mendapat persetujuan 100 peratus dari penduduk turut menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan penduduk yang membantah telah membawa kes itu ke mahkamah.

Justeru katanya, tindakan Ahli Parlimen (PKR) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang mendakwa kaedah pengambilan tanah yang tidak mengikut prosedur yang betul kerana tidak mendapatkan persetujuan 100 peratus penduduk adalah tidak berasas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment