My Add

Wednesday 18 April 2012

Pengerusi MIC Pulau Pinang meninggal dunia

BUTTERWORTH, RABU, 18 April, 2012: Pengerusi MIC Pulau Pinang, Senator Datuk P. K. Subaiyah meninggal dunia di rumahnya di Taman Meranti di sini, awal pagi ini akibat serangan jantung.

Beliau yang berusia 63 tahun disedari tidak sedarkan diri ketika isterinya, Datin S. Vallini, 60, ingin mengejutkannya untuk meminta mendiang mematikan suis pendingin hawa kira-kira pukul 4.15 pagi ini.

Subaiyah yang merupakan seorang peguam pernah dilantik sebagai exco kerajaan negeri semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) selepas dia memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada tahun 2004.

Bagaimanapun, Subaiyah gagal mempertahankan kerusi itu Pilihan Raya Umum 2008 selepas kalah kepada calon DAP, A. Tanasekharan.

Mendiang telah dilantik sebagai Pengerusi MIC Negeri sebelum dilantik pula sebagai senator pada April tahun lalu.

Mayat mendiang dijangka akan dikebumikan esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment