My Add

Friday 20 April 2012

Perhimpunan haram bukan ancaman

*HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersalaman dengan para peserta yang hadir pada Mesyuarat Agung PPKKM di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 April, 2012: Mana-mana perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pihak tertentu pada masa ini tidak dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penganjuran itu hanya dibuat bermotifkan politik demi menarik perhatian rakyat dalam suasana menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

''Masyarakat tahu niat sebenar mereka ialah politik, itu merupakan pertimbangan mereka, tetapi saya percaya ia tidak ada ancaman keselamatan.

''Bagaimanapun bagi saya, ia boleh memberi ancaman kepada persepsi orang ramai, maka penganjur akan menanggung risiko itu apabila tiba pilihan raya umum nanti,'' katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment