My Add

Wednesday 11 April 2012

Pindaan akta elektronik lindungi hak pengguna

ISMAIL Sabri cuba menggunakan telefon bimbit bagi membuat pesanan barang melalui Snap2Get sambil diperhatikan Mohd. Zaidi Mohd. Said (kiri) dan Rohani Abdul Karim di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, SELASA, 10 April, 2012: Akta Perdagangan Elektronik 2006 akan dipinda bagi memasukkan elemen-elemen penguatkuasaan untuk melindungi hak pengguna transaksi elektronik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kertas cadangan sudah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk semakan sebelum dikuatkuasakan penghujung tahun ini.

Beliau berkata, pindaan akta itu bertujuan membantu pengguna menjalankan transaksi elektronik dalam persekitaran lebih terjamin dan diberi pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

''Ia akan menyediakan satu pelindungan komprehensif dalam persekitaran menerusi talian, sekali gus membantu peningkatan penggunaan e-dagang sebagai mod transaksi di Malaysia, " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment