My Add

Wednesday 11 April 2012

PPIM desak ubah sistem pembelian rumah

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 April, 2012: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengubah suai sistem pembelian rumah di negara ini dengan mengambil kira kepentingan pembeli bagi mengelakkan mereka berhadapan masalah disenaraihitamkan atau muflis.

Aktivis PPIM, Abdul Kareem Said Khadaied berkata, antara kelemahan serius yang sering berlaku dalam proses pengendalian pembelian rumah ialah berkaitan aspek pelantikan peguam dan tanggungjawab pihak bank.

"Kita minta satu perjanjian jual beli digubal dengan mengambil kira kepentingan pengguna serta tidak berat sebelah.

"Antara masalah sering dihadapi pengguna sehingga terpaksa menanggung kos banyak akibat rumah terbengkalai dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya adalah kerana menggunakan panel peguam yang dilantik oleh pihak bank," katanya. - UTUSN

No comments:

Post a Comment