My Add

Friday 13 April 2012

PM Britain pulang selepas lawatan rasmi dua hari

PERDANA Menteri Britain, David Cameroon, menerima album mengandungi gambarnya daripada Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot, sebelum berlepas pulang selepas mengakhiri lawatan rasmi dua harinya ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini. Turut sama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong (kiri). Foto BERNAMA

SEPANG, JUMAAT, 13 April, 2012: Perdana Menteri Britain, David Cameron hari ini berlepas ke Myanmar, sebelum pulang ke Britain, selepas mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. 

Turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi mengucapkan selamat jalan kepada Cameron ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Simon Featherstone.

Lawatan Cameron ke Malaysia adalah atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Mei 2010.

Kali terakhir Perdana Menteri Britain mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia adalah pada 1993 oleh Sir John Major. 

Cameron diiringi oleh Timbalan Menteri Perdagangan dan Pelaburan Britain, Lord Stephen Green serta Timbalan Menteri Universiti dan Sains Britain, David Willets bersama delegasi terdiri daripada pegawai kerajaan, pemipin perniagaan dan media Britain. 

Semalam, Cameron mengadakan mesyuarat dua hala bersama Najib membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang kepentingan bersama meliputi hubungan politik dan diplomatik, perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan latihan, sains, teknologi dan alam sekitar selain pertahanan dan keselamatan. 

Lawatan itu akan mendahului pasangan diraja Britain, Putera William dan Puteri Katherine, yang akan melawat Johor pada September ini sebagai sebahagian daripada lawatan ke beberapa negara sempena sambutan perayaan jubli intan Ratu Elizabeth II. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment