My Add

Friday 13 April 2012

Pembangkang hina Raja Melayu?

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 April, 2012:
Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kekeciwaan seorang petugas perubatan yang turut serta dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara semalam yang menzahirkan rasa kecewa terhadap telatah beberapa pemimpin pembangkang yang didakwanya mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.
Dr. Rahman Kadir yang menulis menerusi laman Facebook beliau, adalah salah seorang anggota pasukan perubatan yang bertugas semasa istiadat itu berlangsung.
Beliau mendakwa perbuatan mempersenda dan mengejek itu paling ketara dilakukan apabila tetamu kehormat berjalan masuk ke dalam Balairong Seri.
Bermula dengan ejekan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr. Rahman mendakwa ia kemudiannya berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta Sultan-Sultan.

No comments:

Post a Comment