My Add

Monday 2 April 2012

PM Thailand sedih ketika tinjau lokasi letupan bom

HATYAI, ISNIN, 02 April, 2012: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, berkata Thailand berkongsi kesedihan dengan semua mangsa kejadian letupan termasuk rakyat Malaysia yang tercedera dan terkorban. 

Beliau berkata demikian ketika meninjau lokasi kejadian di Lee Gardens Plaza hotel yang teruk terjejas selepas bom kereta meletup, Sabtu lalu.

Thailand sumbang RM45,900 kepada keluarga rakyat Malaysia terkorban

Sementara itu, Pegawai Projek Khas Perdana Menteri, Datuk Lat Shariman, berkata jumlah keseluruhan yang disediakan Pejabat Gabenor Songkhla adalah 150,000 Baht manakala bakinya disediakan Kementerian Pelancongan Thailand. 

Beliau berkata demikian selepas melawat empat warga Malaysia yang cedera dalam pengeboman itu dan kini ditempatkan di wad Hospital Songkhla Nagarind, Hatyai. 

Pengeboman yang dipercayai didalangi kumpulan pemberontak meragut nyawa dua rakyat Malaysia. Seorang daripadanya adalah Low Thian Hock dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mangsa kedua yang terbunuh adalah Tan Peng Chan, 39, di mana mayat yang sukar dikenal pasti disahkan bapanya, Pee Hong, 63, pemilik kedai kopi di Kuala kedah, Kedah. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment