My Add

Tuesday 3 April 2012

Peniaga tanggung derita

Shim Kok Choong (kiri) bersama Kiran Bormo membuang sampah sarap yang berada di tengah jalan yang tidak dikutip oleh MPS di Taman Industri Boltan Batu Caves, Selayang, baru-baru ini.

Oleh NUR NAZLINA NADZAR

BATU CAVES, ISNIN, 02 April, 2012: Kotor dan meloyakan. Itulah gambaran yang dapat diberikan mengenai keadaan sampah tidak terurus berhampiran Kompleks Muhibbah, Taman Industri Bolton di sini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan peniaga di kawasan berkenaaan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan terbabit mendapati terdapat lebih dari tiga longgokan sampah sepanjang Jalan TIB 3/5 dengan keadaan sampah sarap yang bukan sahaja bertaburan di atas jalan tetapi juga mengeluarkan bau busuk dan menyesakkan mata memandang.

Pelbagai jenis sampah dapat dilihat daripada sisa makanan sehinggalah sampah pukal seperti perabot lama, kayu serta sisa konkrit daripada binaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment