My Add

Tuesday, 3 April 2012

Polis siasat akaun Twitter persenda Tunku Mahkota Johor

JOHOR BAHRU, SELASA, 03 April, 2012: Polis Johor hari ini mengesahkan menerima satu laporan berhubung kewujudan satu akaun di laman sosial Twitter yang mempersenda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baru-baru ini. 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata laporan itu diterima pihaknya semalam dan siasatan mengenainya kini dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

"Laporan itu dibuat oleh peguam Tunku Ismail kira-kira 1.30 petang semalam di Balai Polis Pelangi Indah, di sini," katanya kepada pemberita selepas melakukan program "High Profile Policing" bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di Terminal Larkin Sentral, di sini.

Tunku Ismail menerusi tweet @HRHJohor2 pada Sabtu lalu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap individu yang bertanggungjawab ke atas akaun berkenaan. 

Akaun itu dikendalikan sebagai @HRHJohor dengan menggunakan nama yang mempersenda Tunku Ismail berserta gambar baginda. 

Akaun berkenaan, bagaimanapun, sudah dinyahaktifkan sejak tiga hari lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment