My Add

Tuesday 3 April 2012

Syor Parlimen dibubar selepas capai empat tahun

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 April, 2012: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang membentangkan laporannya di Dewan Rakyat hari ini mengesyorkan supaya Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh empat tahun dan perkara itu hendaklah diperuntukkan di dalam Perlembagaan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, selain daripada syor tersebut pihak jawatankuasa turut mencadangkan agar tempoh berkempen tidak kurang 10 hari berbanding tujuh hari ketika ini.

Mengenai meningkatkan mutu daftar pemilih beliau berkata, hasil verifikasi oleh MIMOS terhadap usaha pembersihan daftar pemilih secara berterusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara mendapati tidak wujud pendaftaran berganda bagi setiap nombor kad pengenalan 12 angka (KP 12). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment