My Add

Thursday 12 April 2012

Program P:PAS diteruskan di seluruh negara

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 12 April, 2012: Program “Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)” yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh negara, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Katanya, program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di sini hari ini.

Semalam, program P:PAS anjuran UMNO Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment