My Add

Thursday 12 April 2012

ADUN arah peguam fail mohon ketepikan muflis

KUALA NERANG 12 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi mengenepikan keputusan mahkamah itu yang mengistiharkan beliau muflis.

Katanya, beliau menjangkakan keputusan mengenai permohonannya itu akan diketahui dalam masa tiga empat hari lagi.

Selain itu, katanya, beliau juga telah menghubungi semua pemberi hutang supaya memberikan masa kepadanya untuk membayar balik hutang berkenaan.

"Saya positif dapat selesai masalah ini dan kekal sebagai ADUN,” kata Syed Sobri kepadaBernama semasa melawat mangsa ribut di pekan Kuala Nerang di sini, hari ini.

Pada 3 April lepas, Syed Sobri mengumumkan beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember lepas kerana gagal membayar baki hutangnya berjumlah RM8 juta dengan beberapa bank tempatan dan agensi kerajaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment