KUALA TERENGGANU, SABTU, 21 April, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan pendiriannya untuk menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya peminjamnya dapat menyelesaikan hutang mereka.
Bagaimanapun, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu bercanggah dengan Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang yang berpendapat pinjaman PTPTN tidak perlu dihapuskan begitu sahaja.
Nik Abdul Aziz turut menempelak kerajaan dan ibu bapa yang bersungguh-sungguh tidak mahu menghapuskan pinjaman tersebut.
"Mengikut pakatan pembangkang, PTPTN perlu dihapuskan, tetapi ada orang yang tidak mahu menghapuskan hutang itu.
"Sepatutnya cadangan menghapuskan PTPTN itu disokong oleh semua termasuk ibu bapa. Kenapa kita nak sekat, itu satu pertolongan bagi mengurangkan bebanan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Himpunan Membangunkan Generasi Bermaruah di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman di Tok Jiring dekat sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment