KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 April, 2012: Rumah mewah tiga tingkat kerabat Sultan Selangor di Bukit Tunku di sini dimasuki dua lelaki dan melarikan sebuah kereta mewah Mercedes Benz serta barangan berharga.
Kejadian pada kira-kira jam 5 pagi itu dilakukan dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang memecah masuk melalui tingkap depan sebelum mengikat tiga pembantu rumah wanita di kediaman itu, menurut sumber polis.
"Sewaktu kejadian kesemua ahli keluarga kerabat Diraja Selangor itu tiada di rumah kerana mereka berada di luar negara dan hanya pembantu rumah saja yang menjaga rumah itu. Mereka tidak dicederakan," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tingkat dua dan tiga rumah itu telah digeledah dua lelaki itu berdasarkan banyak kesan cap jari ditemui.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan rumah berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan . - BERNAMA
No comments:
Post a Comment