KUALA LUMPUR, JUMAAT, 06 April, 2012: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang ramai dan pencarum KWSP supaya berhati-hati dengan individu yang mendakwa sebagai ejen institusi itu.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata individu berkenaan meminta maklumat sulit dan cap ibu jari ahli KWSP dengan alasan bagi membolehkan KWSP mengemas kini butiran pencarum dalam pangkalan datanya.
"KWSP ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat bagi mewakilinya dalam urusan yang berkaitan.
"KWSP ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat bagi mewakilinya dalam urusan yang berkaitan.
"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, KWSP mendapati individu tersebut menyamar sebagai ejen mereka," katanya dalam kenyataan di sini.
Pencarum KWSP yang dihubungi individu berkenaan diminta membuat aduan menerusi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121 yang beroperasi dari 8.15 pagi hingga 5.15 petang setiap Isnin hingga Jumaat. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment