My Add

Thursday 5 April 2012

Saya tidak pernah melencong daripada komitmen - Najib

KUALA LUMPUR, RABU, 04 April, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejak menjadi Perdana Menteri tiga tahun lalu, beliau tidak pernah melencong dalam komitmennya bagi membawa perubahan sebenar merentasi semua bidang, dengan kemakmuran, keselamatan dan demokrasi yang berkekalan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.

Katanya, sehingga itu beliau telah bekerja bagi mentransformasikan ekonomi Malaysia bagi menjadikannya sesuai untuk menghadapi cabaran abad ke-21, bagi meningkatkan daya saing, pendapatan dan mengurangkan pengangguran di sepanjang masa itu.

Beliau menegaskan bahawa beliau telah memansuhkan perundangan era kolonial yang menindas dan menggantikannya dengan undang-undang moden dan progresif yang melindungi kehidupan dan hak semua rakyat Malaysia.

Perdana Menteri juga berkata, beliau telah mendengar gesaan untuk ketelusan yang lebih luas dalam pilihan raya, menubuhkan suruhanjaya dwipartisan bagi meneliti proses mengundi dan memperkenalkan langkah-langkah seperti penggunaan dakwat kekal bagi mengurangkan kemungkinan penipuan dalam pemilihan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment