My Add

Friday 6 April 2012

Mesyuarat cawangan UMNO tertumpu persiapan pilihan raya


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sumbangan kepada balu kepada salah seorang daripada pesara polis, Gayah Ahmad, 88 di Dewan Sri Pekembar, Pagoh, Johor. - Foto Shahrul M Zain

MUAR, JUMAAT, 06 April, 201: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua mesyuarat UMNO di peringkat cawangan supaya menumpukan kepada soal persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). 

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan tempoh masa yang semakin singkat menjelang pilihan raya umum ke-13, perkara itu mesti menjadi keutamaan dalam setiap perbahasan yang dilakukan

 "Saya mohon dalam tempoh yang ada sekarang perbincangan dan perbahasan peringkat cawangan mesti ditumpukan kepada cara macam mana kita nak menang, macam mana cara peti undi yang kita jaga mampu memperoleh undi jauh lebih baik daripada undi pada 2008.

"Jangan bincang soal lain, jangan bincang soal parit dan jabatan kerana perkara-perkara ini memang selalu kita buat. Kalau kita minta pun kita akan bagi nanti," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan Umno Cawangan-cawangan, Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno Bahagian Pagoh di sini, hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment