My Add

Saturday, 7 April 2012

Sri Wani mahu saman RM6 juta pihak sebar fitnah

KUANTAN, JUMAAT, 06 April, 2012: Isteri seorang bekas dekan yang terlibat dalam kes mahkamah membabitkan permohonan suaminya untuk mendapatkan perintah agar menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan jantina sebenarnya, mendakwa dia dianiaya pihak ketiga.

Sri Wani Choo Abdullah, 37, berkata, perbuatan pihak ketiga yang menyebarkan fitnah kepada suaminya, bekas Dekan Penyelidikan & Inovasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Bahrom Sanugi, 61, menyebabkan mereka bergaduh sehingga berlarutan ke mahkamah.

Sehubungan itu, katanya, dia dan suami mengambil keputusan untuk menyaman pihak ketiga tersebut RM6 juta.

"Saya dan suami kini sedang menyiasat dan mengenal pasti siapa pihak ketiga ini. Sebenarnya, saya kenal dan syak orang itu siapa. Tetapi saya tidak mahu menuduh kerana saya, suami dan peguam saya sedang menyiasatnya," katanya lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment