GUA MUSANG, JUMAAT, 06 April, 2012: Penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia perlu untuk memastikan Felda kekal bersaing dengan negara jiran terutama Indonesia yang telah mula membangunkan industri kelapa sawit mereka membabitkan keluasan tanah hampir satu bilion hektar.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, keluasan tanah di negara itu sangat besar dan menguntungkan berbanding hanya kira-kira 800,000 hektar di negara ini, justeru langkah alternatif perlu ada agar Malaysia mampu bertahan dan bersaing dalam industri ini.
Katanya, usaha meniagakan tanah seluas 350,000 hektar milik Felda Plantation ke dalam pasaran saham adalah langkah menguntungkan, malah banyak pihak sudah bersedia untuk membeli saham itu.
"Masa Indonesia nak tumpukan industri sawit, mereka kumpul kira-kira 15 syarikat yang ada di negara itu dan hasilnya mereka ada keluasan tanah hampir 1,000 juta hektar untuk diusahakan dan ia sangat luas dan pasti menguntungkan," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment