My Add

Tuesday 3 April 2012

Suami isteri diumpan bantuan kewangan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Sepasang suami isteri di sini mengakui gerakan Kristian giat mengumpan bantuan berbentuk kewangan dan tempat tinggal untuk memurtadkan umat Islam di negara ini.

Menurut seorang lelaki berusia 47 tahun di dalam video pendedahan murtad oleh bekas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali, dia menerima wang perbelanjaan harian keluarga mencecah sehingga RM5,000 sebulan dan sebuah kereta.

Jelasnya, ganjaran itu diterima sebaik sahaja meninggalkan agama Islam dan memeluk ajaran Kristian.

''Semuanya bermula sekitar 2002. Waktu itu hidup saya boleh dikatakan tidak terurus. Saya mendapatkan khidmat bantuan di sebuah pusat bantuan di Puchong dan tinggal bersama pasangan mubaligh Kristian dari Australia.

''Saya tertarik dengan cara mereka melayan saya sehingga diajak agar menerima Nabi Isa AS yang mereka sebut 'Jesus' mampu menyelamatkan dosa silam saya menuju syurga," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment