My Add

Tuesday 3 April 2012

Perluas produk halal ke seluruh dunia

Oleh KAMIL MASLIH dan TERMIZI CHE ANUAR

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 3012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan produk dan perkhidmatan halal diperluaskan tidak sekadar kepada komuniti Muslim peringkat global tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Jelas beliau, usaha promosi tersebut pastinya mencapai sasaran sekiranya produk dan perkhidmatan itu menepati standard servis dan kualiti antarabangsa di samping keperluan standard alam sekitar dan keselamatan.

"Ruang lingkup pensijilan halal juga telah mengalami evolusi daripada daging dan ayam kepada pelbagai produk lain termasuk produk tenusu, penjagaan diri dan perubatan.

"Lebih dari itu, pembekal-pembekal logistik dalam sektor perkhidmatan kini turut memberi penekanan kepada pensijilan halal bagi memastikan tempat di dalam rangkaian pengedaran industri halal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment