My Add

Thursday, 19 April 2012

Subsidi tepung gandum 25kg dikaji semula

KUALA LUMPUR, RABU, 18 April, 2012: Kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi tepung gandum bagi kegunaan am seberat 25 kilogram yang diberikan kepada pengusaha dan pengimport tepung dalam masa terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu diambil kerana pihaknya dapati rata-rata pengguna tidak dapat menikmati subsidi berkenaan secara sepenuhnya.

"Kita memang sudah membuat kajian sebelum ini dan mendapati impak subsidi itu kepada pengguna adalah rendah berbanding syarikat besar seperti kilang roti yang memperoleh manfaat tersebut secara menyeluruh.

"Ini kerana pengguna tidak akan membeli tepung gandum dalam kuantiti sebanyak itu dan biasanya bagi peniaga kecil mereka akan membeli tepung berkenaan dalam bungkusan satu kilogram," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment