My Add

Thursday, 19 April 2012

Eksport sarang burung walet ke China dimonopoli?

BUKIT MERTAJAM, RABU, 18 April, 2012: Hampir 200 pengusaha sarang burung walet mendesak Kerajaan Pusat campur tangan berhubung isu wujudnya monopoli pihak tertentu dalam aktiviti mengeksport sarang burung walet ke China.

Mereka mendakwa wujud sebuah syarikat besar menjadi satu-satunya syarikat bagi mengeksport produk itu ke negara berkenaan hingga menyebabkan pengusaha kecil menanggung kerugian besar.

Wakil pengusaha burung walet itu, Ang Bak Khoon berkata, selepas kerajaan China membekukan pengeksportan sarang burung walet dari Malaysia setahun lalu, industri burung walet di negara ini mula tenat apabila produk dikeluarkan tidak dapat dijual seperti biasa.

Bagaimanapun katanya, selepas pembekuan itu ditarik balik baru-baru itu, ia telah memberi nafas baru kepada pengusaha burung walet untuk kembali aktif mengeluarkan sarang burung walet berkualiti tinggi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment