My Add

Wednesday 11 April 2012

Suu Kyi bertemu Presiden Myanmar

NAYPYIDAW, RABU, 11 April, 2012: Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi hari ini mengadakan pertemuan dengan Presiden, Thein Sein buat kali pertama sejak menang dalam pilihan raya dan menjadi Ahli Parlimen awal bulan ini.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu di istana rasmi Presiden, di sini dan dijangka makan tengah hari bersama keluarga Thein Sein.

Pertemuan berkenaan adalah kali kedua selepas bekas Perdana Menteri junta itu menjadi Presiden tahun lalu sekali gus menamatkan pemerintahan setengah abad di bawah pemerintahan tentera. - AFP

No comments:

Post a Comment