My Add

Wednesday 11 April 2012

Arroyo mengaku tidak bersalah rasuah babitkan AS$300 juta

MANILA, RABU, 11 April, 2012: Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dan suaminya mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan rasuah berkaitan perjanjian kontrak yang melebihi jumlah sebenar dengan syarikat telekomunikasi China. 

Arroyo ditahan tahun lalu atas tuduhan berasingan membabitkan penipuan berkaitan pilihan raya. Sejak itu beliau didakwa bagi kes kedua berkaitan kontrak kerajaan berjumlah AS$330 juta dengan syarikat telekomunikasi China, ZTE Corp.

Penyiasatan seorang ahli Kongres mendapati kontrak pada 2007 itu melebihi harga sebenar dan dibebani dengan pelbagai masalah termasuk dakwaan bahawa suami Arroyo menerima rasuah melalui perjanjian dengan kelulusan isterinya.

Arroyo kemudian membatalkan perjanjian itu dan melepaskan jawatan pada 2010 dan menghadapi pendakwaan yang dimulakan oleh pengganti pentadbiran beliau. - AFP

No comments:

Post a Comment