My Add

Saturday 21 April 2012

Syarikat pinjaman berlesen menipu?

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 April, 2012: Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan modus operandi terbaru syarikat pinjaman berlesen yang cuba memperdayakan peminjam dengan mengenakan kadar faedah terlampau tinggi antara 6 hingga 30 peratus sebulan.

Selain itu, segelintir syarikat pinjaman itu turut dikesan 'mengenakan' mangsa apabila menyimpan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) peminjam sehingga bayaran selesai dan memaksa peminjam menandatangani borang perjanjian yang dikosongkan tanpa menyatakan jumlah ansuran perlu dibayar.

Dianggarkan, sebanyak 20 peratus atau kira-kira lima juta penduduk Malaysia meminjam wang daripada 2,800 syarikat pinjaman berlesen yang beroperasi di seluruh negara.

Angka tersebut diperoleh jika setiap syarikat pinjaman itu mempunyai sekurang-kurangnya 200 peminjam sejak ditubuhkan 10 tahun lalu. Malah berdasarkan rekod, tiada lagi syarikat pinjaman berlesen ini yang mencatatkan kerugian sehingga terpaksa gulung tikar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment