My Add

Tuesday 3 April 2012

Terkejut caj penggunaan air tinggi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 April, 2012: Penduduk Perumahan Awam (PA) Seri Johor di sini melahirkan rasa tidak puas hati apabila caj penggunaan air yang dikenakan ke atas mereka terlalu tinggi.

Dakwa mereka, bil tidak diterima sejak Mei hingga Disember tahun lalu, sebaliknya hanya menerima bil bagi Januari dan Febuari bagi tahun ini dalam jumlah mengejutkan sebanyak RM25 sebulan.

Lebih mengecewakan pengiraan caj dilaksanakan secara anggaran.

Walaupun notis dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyatakan bil tersebut adalah sementara dan pelarasan akan dibuat setiap empat bulan sehingga sistem bil air beroperasi sepenuhnya, ia masih membimbangkan penduduk.

Seorang warga emas, Chong Lay Hong, 72 berkata, caj yang dikenakan tidak masuk akal berbanding sebelum ini antara RM8 hingga RM10 memandangkan dia tinggal berseorangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment