My Add

Tuesday 3 April 2012

Jakim arah pasar raya turun iklan logo halal

SHAH ALAM, ISNIN, 02 April, 2012: Sebuah pasar raya terkemuka di Seksyen 23 di sini diarah menurunkan iklan barangan mempunyai tanda logo halal yang diletakkan di hadapan premisnya.

Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Maysia (Jakim), Adam Drahman berkata, arahan itu dikeluarkan kerana ia menggambarkan seolah-olah kesemua barangan yang dijual di premis pasar raya berkenaan termasuk produk ayam dan daging telah mendapat sijil halal daripada pihaknya.

Sebaliknya kata beliau, hasil pemeriksaan Jakim mendapati pasar raya berkenaan turut menjual beberapa produk yang tidak mempunyai sijil halal yang sah seperti satu produk daging dikeluarkan oleh sebuah syarikat milik bumiputera.

''Beberapa bahagian lain seperti roti dan makanan siap dimasak juga ada sebahagiannya tidak mendapat logo halal Jakim tetapi dijual bersama produk yang mendapat sijil halal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment