My Add

Thursday 5 April 2012

Tiga maut terperosok bawah lori

KEADAAN kereta Daihatsu Charade yang dinaiki tiga sahabat remuk teruk selepas bertembung dan terperosok di bawah lori dalam satu kemalangan ngeri di Bukit Cina, Kok Lanas, Kota Bharu, malam tadi. - Foto Azlan Hafeedz

KOTA BAHARU, KHAMIS, 05 April, 2012: Dua lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta yang mereka naiki terperosok di bawah sebuah lori dalam satu kemalangan ngeri di Bukit Cina, Kok Lanas, di sini malam tadi. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Deputi Superintendan Ahmad Zaki Ibrahim, berkata mangsa yang maut di tempat kemalangan dikenali sebagai Tan Phei Shia, 24, bersama dua rakan lelaki, Eyu Win Lee, 30, dan Wee Wai Hwa, 24.

Ahmad Zaki berkata, dalam nahas kira-kira jam 7.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kemalangan selepas parah di kepala dan badan akibat tersepit di dalam kereta yang remuk selepas terperosok di bawah badan lori berkenaan.

"Sejurus tiba di tempat kemalangan, kereta yang dipandu Eyu Win Lee, dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit. 

"Bagaimanapun, pemandu lori itu bertindak melarikan diri dan sehingga kini belum tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. 

Ahmad Zaki berkata, ketiga-tiga mangsa yang tersepit itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing yang tinggal di Pasir Mas dan Pulai Chondong, Machang. 

“Pihak polis sudah mengambil keterangan daripada saksi di tempat kemalangan untuk membantu siasatan dan nahas berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment