My Add

Thursday 5 April 2012

TPM mahu petani wujud nilai tambah, tak tumpu pengeluaran

GURUN, KHAMIS, 05 April, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta petani di negara ini supaya tidak hanya menumpu kepada aspek pengeluaran tetapi melakukan nilai tambah dengan meneroka bidang baru seperti industri. 

Beliau berkata, dengan mewujudkan nilai tambah, petani tidak hanya tertumpu kepada menjual barangan pertanian biasa dan juga dapat menambah pendapatan bagi menjamin masa depan yang lebih terjamin.

"Sebagai contoh Nafas (Pertubuhan Peladang Kebangsaan) yang menerokai bidang perindustrian dan menjadi salah sebuah kilang yang menghasilkan baja untuk pertanian.

"Ini bermakna ia telah meningkat ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Mungkin satu hari nanti mereka boleh mengeluarkan jentera pertanian pula," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas bersama pemimpin peladang seluruh Kedah dan merasmikan kilang Malaysia NPK Fertilizer Sdn Bhd di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment