My Add

Saturday 14 April 2012

Tiga penjenayah ditembak mati dekat Bulatan Billion

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 April, 2012: Tiga penjenayah dipercayai aktif dalam kejadian samun mati ditembak polis dalam kejadian berbalas tembak di Bulatan Bilion, Taman Ulek, Cheras, di sini pagi tadi.

Semua suspek yang sangat dikehendaki selepas dipercayai terbabit dalam kejadian samun kedai emas di Seksyen 18, Shah Alam, pada 6 April lalu, sebelum itu dikesan sepasukan polis berhampiran Hospital Pantai di Taman Cheras sekitar jam 11.30 pagi

Menyedari pihak polis memburu mereka, suspek yang menaiki PROTON Exora yang dilaporkan hilang di Kajang awal bulan ini, bertindak memecut kereta mereka ke arah Bulatan Bilion sebelum pihak polis berjaya menghalang kereta mereka.

Kejadian itu mengakibatkan kesesakan lalulintas selama dua jam susulan penutupan sementara Bulatan Billion. - BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment