SARATOK, AHAD, 01 April, 2012: Percubaan DAP menonjolkan imejnya sebagai pembela masyarakat luar bandar disifatkan sebagai gimik politik parti pembangkang itu untuk memenangi hati penduduk kawasan tersebut yang rata-ratanya golongan bumiputera.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, DAP sejak sekian lama merupakan parti yang hanya berminat mendekati dan memperjuangkan kepentingan golongan tertentu di bandar-bandar besar sahaja.
Hakikatnya kata beliau, parti itu tidak pernah mempedulikan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar.
"Di Pulau Pinang misalnya, bukan semua orang kaya-raya tetapi kerajaan DAP cenderung membina rumah kos tinggi yang sudah tentu tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah.
"Sebab itu saya kata, tindakan ini hanya gimik politik pada pilihan raya sahaja kerana kalau betul-betul ikhlas mereka sudah lama menukar manifesto dan asas perjuangan parti sejak dahulu lagi," katanya. - UTUSAN
...
No comments:
Post a Comment