My Add

Monday 2 April 2012

Guan Eng didesak serah tanah tapak masjid, sekolah

BATU KAWAN, AHAD, 01 April, 2012: UMNO Pulau Pinang meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng segera menyerahkan tanah tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Kementerian Pelajaran.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, ini kerana tanah tersebut telah disenaraikan dalam pelan asal kelulusan reka bentuk pembangunan di Bayan Mutiara.

Menurut beliau, kedua-dua tapak tanah yang berkeluasan 3.36 hektar (8.5 ekar) itu bernilai RM88 juta jika ia dijual pada harga RM240 bagi satu kaki persegi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment