My Add

Thursday 5 April 2012

TPM hairan sikap Ahli Parlimen pembangkang

GURUN, KHAMIS, 0 April, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hairan dan takjub dengan tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar Dewan dan enggan membincangkan cadangan jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) sedangkan mereka yang beriya-iya mahu proses penambakbaikan pilihan raya. 

Beliau berkata, jika pembangkang benar-benar ikhlas mahu menambahbaik proses pilihan raya mereka tidak akan bertindak demikian, sebaliknya sama-sama memberi pandangan untuk penambahbaikan. Katanya, tidak ada dalam amalan demokrasi pandangan minoriti boleh mengatasi majoriti dan tindakan mereka itu membuktikan mereka hanya mahu bermain politik saja.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kilang Malaysian NPK Fertelizer Sdn Bhd di sini, hari ini. - BH ONLINE

No comments:

Post a Comment