My Add

Thursday 5 April 2012

Pas tadbir Kedah seperti orang tempang - TPM

GURUN, KHAMIS, 05 April, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ini mentadbir negeri seperti seorang yang tempang dan tidak berkemampuan berikutan dua Exco yang pernah menentangnya dilantik semula ke jawatan itu hari ini.

Beliau berkata, perkembangan itu terus membuktikan Pas Kedah tidak mampu mentadbir negeri dengan baik akibat pertelingkahan dalaman pemimpin mereka.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap merasmikan kilang baja Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment