My Add

Tuesday 3 April 2012

Trend seludup dadah kini babitkan rakyat tempatan

KUCHING, SELASA, 03 April, 2012: Sindiket dadah antarabangsa kini didapati beralih menggunakan rakyat tempatan bagi membawa masuk dadah ke negara ini berbanding rakyat asing tiga tahun lalu. 

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusof, berkata pada 2009, sindiket kebanyakannya menggunakan warga India sebelum bertumpu kepada warga Iran pada 2010 dan rakyat tempatan pada tahun lalu.

 "Sepanjang tahun lalu sebanyak 92 kes penyeludupan dadah berjaya dikesan kastam, manakala bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini jabatan berjaya mengesan 34 kes membabitkan nilai RM43 juta," katanya di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment