My Add

Monday 23 April 2012

Tujuh pulau Semporna dapat bekalan elektrik

YANG Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (duduk, kiri) menaiki lepa yang menyertai pertandingan lepa tercantik sempena Pesta Air Regatta Lepa Ke-19 di Semporna, Sabah, semalam.

SEMPORNA, AHAD, 22 April, 2012: Tujuh buah pulau di sini bakal menikmati manfaat daripada projek tenaga solar yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di daerah ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kementeriannya memperuntukkan sebanyak RM94 juta untuk melaksanakan projek tenaga solar itu yang bertujuan bagi memastikan masyarakat luar bandar bersama-sama dapat menikmati arus pemodenan.

"Apabila mendapat kemudahan ini ia dapat mengatasi masalah yang sering dihadapi mereka, malah ia juga dapat merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar," katanya semasa menutup Pesta Air Regatta Lepa Ke-19 di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment