My Add

Monday 23 April 2012

JBD III dijangka jimat belanja dapur rakyat RM50j

SHAH ALAM, AHAD, 22 April, 2012: Program 'Jimat Belanja Dapur (JBD) Fasa III' dijangka dapat menjimatkan RM50 juta perbelanjaan dapur bulanan bagi 500,000 pelanggan pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, angka itu diperoleh berdasarkan kajian FAMA yang mendapati setiap pelanggan pasar tani dapat menjimatkan perbelanjaan dapur purata RM100 sebulan dengan adanya program itu.

Menurutnya, selain dapat menjimatkan wang rakyat, program itu juga membantu pekebun dan penternak tempatan memasarkan produk mereka secara terus selain membantu peniaga pasar tani yang mengambil bahagian dalam JBD dengan memberikan mereka insentif.

"Melalui JBD Fasa III, orang ramai dapat membeli barangan terpilih di pasar tani yang mengambil bahagian dengan harga diskaun sehingga 30 peratus daripada harga pasaran. Sebagai contoh daging ayam di pasar tani berharga RM5.80 hingga RM6 sekilo berbanding RM6.80 sekilo di tempat lain," katanta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment