My Add

Wednesday 4 July 2012

130,000 guna komuter sehari

*CHO *HA (dua dari kiri) meninjau operasi Pusat Kawalan Arahan Tren ketika mengadakan lawatan ke pusat berkenaan di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur semalam.

Oleh SUHANA MD. YUSOP
SERDANG, SELASA,03 Julai, 2012: Pengguna tren komuter dijangka meningkat kepada 130,000 orang setiap hari pada akhir tahun ini apabila 13 set tren enam gerabak (SCS) yang dikenali sebagai MyKomuter memulakan perkhidmatan hujung bulan ini.

Pada masa ini, sebanyak 25 set tren SCS dari China yang berkemampuan membawa 1,118 penumpang pada satu masa telah mula beroperasi Mac lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, melalui perkhidmatan 25 set tren SCS dan 22 Unit Tren Elektrik Pelbagai Guna (EMU) tiga gerabak, jumlah penumpang yang direkodkan setiap hari adalah hampir 100,000 orang.

"Melalui penambahan ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yakin bilangan penumpang akan terus meningkat kerana ia merupakan pilihan utama pengangkutan awam pada masa kini.

"Banyak maklum balas yang kami terima daripada penumpang dan mereka mengakui tren baharu ini lebih selesa, efisien, menepati masa dan lebih yakin dengan perkhidmatan MyKomuter," katanya selepas melawat Pusat Kawalan Arahan Tren di stesen KL Sentral dan tapak projek tempat letak kereta di stesen komuter Serdang dekat sini, hari ini.. - Kosamo

No comments:

Post a Comment