My Add

Wednesday 4 July 2012

Isu tanah Orang Asli diselesai sebelum PRU-13

KUALA LUMPUR, SELASA, 03 Julai, 2012: Meskipun disensasikan pembangkang, kerajaan tidak akan terburu-buru menyelesaikan isu tanah Orang Asli di negara ini bagi memastikan hak masyarakat itu dijamin dan dilindungi dalam jangka masa panjang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana kerajaan memerlukan input dari pelbagai sudut daripada semua pihak termasuk masyarakat Orang Asli sendiri, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), agensi kerajaan berkaitan dan pihak Peguam Negara.

Bagaimanapun, ujar beliau, pihaknya akan berusaha untuk memastikan isu itu diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, iaitu selepas mendapat pandangan daripada pihak-pihak terbabit termasuk kerajaan negeri yang mempunyai kuasa dalam bidang tanah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment