My Add

Sunday 1 July 2012

16 kereta penduduk kondominium dirosakkan

BUTTERWORTH, AHAD, 01 Julai, 2012: Sebanyak 16 buah kereta penduduk Kondominium Vista Bay di sini, yang diletak di luar kawasan kediaman mereka, dirosakkan sekumpulan lelaki dalam satu kejadian awal pagi ini.

Seorang penduduk, Ong Kim Chua, 57, mendakwa terdengar bunyi bising pada kira-kira 4 pagi.

"Ketika itu, saya sedang menonton televisyen dan bertindak keluar ke anjung rumah untuk tengok apa yang berlaku.

"Dari tingkat empat, saya nampak dua lelaki memakai topi yang menutup muka mereka dengan kain, memegang alat panjang sedang mengetuk dan memecahkan semua kereta yang terdapat di luar pekarangan kondominium,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas, dan ketika beliau menghubungi polis, dua lelaki terbabit melarikan diri manakala tiga lagi rakan mereka menunggu dalam sebuah kereta lain di kawasan gelap berhampiran tempat kejadian.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment