BUKIT MERTAJAM, AHAD, 01 Julai, 2012: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam persidangannya semalam telah mengiktiraf Lembah Lenggong di Hulu Perak sebagai tapak warisan dunia.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika menyatakan demikian berkata, pengiktirafan itu diperoleh hasil penemuan beberapa artifak berusia lebih 11,000 tahun menerusi kerja ekskavasi ahli arkeologi negara sejak 20 tahun lepas.
"Persekitaran Lembah Lenggong yang sedemikian, kita akan dapat satu gambaran baru di samping Pulau Pinang, Melaka, Gunung Kinabalu dan juga Gua Niah. Kita sekarang mempunyai Lembah Lenggong di Perak sebagai satu penonjolan dunia di bawah UNESCO.
"Ini adalah satu pencapaian kerajaan dan rakyat yang sangat bernilai dan membanggakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Komuniti 1Malaysia bersama penduduk Kampung Penanti, di sini hari ini.— BERNAMA
No comments:
Post a Comment