MELAKA, SABTU, 14 Julai, 2012: Jabatan Imigresen Melaka menahan 16 warga asing termasuk sembilan wanita Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam 'Ops Bersepadu 6P' di tiga lokasi berasingan di sekitar Melaka Tengah, hari ini.
Pengarahnya Kamalludin Ismail berkata, mereka terdiri daripada dua wanita Indonesia, dua kanak-kanak Kemboja dan masing-masing seorang lelaki Indonesia, wanita Kemboja dan kanak-kanak warga Indonesia.
Beliau berkata, mereka yang berusia antara setahun hingga 40 tahun itu ditahan di pusat hiburan di Malim dan kawasan perumahan di Bukit Rambai, Pulau Gadong dan Bukit Piatu bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

"Lokasi pertama pemeriksaan dilakukan di pusat hiburan, di mana kita berjaya menahan sembilan wanita warga Vietnam yang disyaki menyalah guna pas lawatan sosial dengan bekerja dan terbabit dalam aktiviti tidak bermoral," katanya pada pemberita di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Ayer Keroh.
Kamalludin berkata, kesemua wanita yang berusia antara 19 dan 26 tahun itu dipercayai menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan bayaran RM120 sejam. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment