My Add

Saturday 28 July 2012

2 maut kereta rempuh pokok

MIRI, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Dua pekerja kantin di sebuah sekolah maut manakala tiga lagi parah apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebatang pokok di Jalan Pujut di sini awal pagi ini.

Dalam nahas yang berlaku pukul 5 pagi itu, pemandu kereta itu, Mohd. Khusairi Adnan, 23, dan rakannya, Juya Juan, 46, tersepit dalam kenderaan mereka dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga lagi mangsa yang kesemuanya wanita cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun, identiti mereka belum dikenal pasti.

Difahamkan, sebelum kejadian, mereka berlima yang bekerja di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Riam di Taman Tunku di sini dalam perjalanan ke sekolah itu untuk memulakan kerja.

Bagaimanapun, difahamkan, Mohd. Khusairi gagal mengawal kenderaan dipandunya menyebabkan ia terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh pokok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment