My Add

Saturday 28 July 2012

Terus salur bantuan program Kasih Ramadan - IAM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Islamic Aid Malaysia (IAM) terus komited dalam usaha memberi bantuan kepada golongan miskin menerusi program bantuan 'Kasih Ramadan 2012'.

Presidennya, Zawahir Abdullah berkata, program yang memasuki hari keenam itu menunjukkan perkembangan positif dengan pelbagai program sudah diatur sehingga penghujung Ramadan.

"IAM menyasarkan seramai 10,000 penerima termasuk keluarga, fakir miskin, warga emas, anak yatim, golongan orang kurang upaya (OKU) dan sesetengah golongan yang dikenal pasti untuk dibantu menerusi program ini," katanya ketika ditemui sewaktu operasi membungkus barangan bantuan di Pusat Wakaf IAM, di sini semalam.

Menerusi program itu, kira-kira 20 orang sukarelawan membungkus kira-kira 150 kotak barangan dapur bernilai RM50 setiap satu yang akan diberikan kepada pelajar tahfiz dan warga emas di Sungai Buaya, esok dalam satu majlis berbuka puasa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment