GEORGETOWN, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Dua stor kain sari di Lebuh Penang di sini musnah dalam kebakaran hari ini, dengan kerugian dianggarkan ratusan ribu ringgit.
Pengarah Bomba Pulau Pinang, Azmi Tamat, berkata kejadian jam 10.24 pagi itu membabitkan bahagian atas dua premis dua tingkat yang berjiran dan menjalankan perniagaan sari.
"Kebakaran bermula di bahagian atas yang menempatkan stok barangan dan merebak ke bangunan sebelah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata, api merebak pantas kerana kain yang mudah terbakar, menyebabkan anggota bomba memunggah keluar semua kain terbabit bagi memastikan api dapat dipadam sepenuhnya.
Tiga jentera bersama 31 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian dan kebakaran dapat dikawal dalam tempoh setengah jam.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment