My Add

Friday 27 July 2012

TPM terima kunjungan hormat Pengerusi Pengurus Dana IDB

PUTRAJAYA, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Pengurus Dana Bank Pembangunan Islam (IDB), Dr Abdullah El-Kuwaiz di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini. 

Pada pertemuan itu, mereka membincangkan kerjasama strategik antara Malaysia dan IDB serta negara Islam lain. 

Abdullah dan delegasinya berada di negara ini bagi mengadakan lawatan kerja sehari. 

IDB yang mempunyai 56 anggota termasuk Malaysia adalah institusi kewangan antarabangsa yang diwujudkan di Arab Saudi pada 1975, dengan tujuan merangsang pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial negara anggota serta komuniti Islam berdasarkan prinsip syariah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment