My Add

Monday 2 July 2012

25,000 kena suntik HPV

Pelajar IPTA kumpulan pertama

KUALA LUMPUR, AHAD, 1 Julai, 2012: Seramai 25,000 penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjadi kumpulan pertama menerima suntikan imunisasi Human Papilloma Virus (HPV). Mereka yang menuntut di 22 IPTA adalah antara 350,000 wanita layak menerima suntikan bagi mengurangkan risiko jangkitan kanser serviks dikendalikan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 

INFO: Mengurang risiko kanser serviks atau pangkal rahim. Tiga dos diperlukan setiap wanita. Dos kedua diambil sebulan selepas dos kedua, diikuti dos ketiga enam bulan kemudian. Semakan di Klinik Nur Sejatera LPPKN atau www.lppkn.gov.my

Program imunisasi percuma itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2012, dijangka diberikan mulai 16 Julai ini. 

Setiap wanita memerlukan tiga dos suntikan secara berkala, iaitu sebulan dari tarikh suntikan pertama dan enam bulan kemudian. Ia bagi mengurangkan risiko jangkitan kanser serviks yang kini pembunuh nombor tiga wanita selepas kanser payudara dan kanser usus membabitkan bahagian usus besar hingga rektum.

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata suntikan fasa pertama akan diberikan kepada siswi IPTA melalui pusat kesihatan masing-masing serta 58 Klinik Nur Sejahtera LPPKN seluruh negara.

“LPPKN mendapat maklumat mengenai siswi berumur 18 tahun ini melalui kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. Bagi penuntut wanita IPTS pula, data mengenai mereka sedang dikumpulkan dan suntikan untuk mereka dikenda-likan Klinik Nur Sejahtera terdekat dengan lokasi pengajian,” katanya. 

Bercakap dalam pertemuan dengan BH di Ibu Pejabat LPPKN, di sini, beliau berkata, pihaknya juga akan melancarkan program ‘outreach’ bersama badan bukan kerajaan (NGO) termasuk ke luar bandar bagi memberi suntikan kepada wanita muda yang tidak memasuki IPTS atau IPTA. - BH

No comments:

Post a Comment