My Add

Monday 2 July 2012

Siasat dakwaan persatuan kriket proksi Israel

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Julai, 2012: Kementerian Belia dan Sukan akan menyiasat dakwaan bahawa Persatuan Kriket Malaysia (MCA) menjadi proksi Persatuan Kriket Israel (ICA) pada persidangan Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), di sini. 

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya perlu menjalankan siasatan terperinci sebelum memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu. 

“Saya akan siasat perkara ini,” katanya melalui SMS kepada BH ketika diminta mengulas perkara itu yang dilihat mencetuskan kontroversi selepas laporan mengenainya disiarkan sebuah akhbar India di laman web www.telegraphindia.com. 

Menurut laporan akhbar yang berpusat di Kolkatta itu, tindakan MCA menjadi proksi kepada ICA pada persidangan baru-baru ini menimbulkan kemarahan beberapa negara Islam yang menganggotai ICC. 

MCA dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan sebuah akhbar kelmarin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan persatuan itu mempunyai hubungan rapat dengan ICA. - BH

No comments:

Post a Comment